Khamis, 17 September 2015

PERJUANGAN SEMAKIN HAMPIR KE GARISAN PENAMAT

PPG 2012-2016 hampir ke penghujungnya.Blog ini yg asalnya sebagai medan simpan bahan pengajian, namun akibat keterbatasan waktu catatanku hanya muncul diawal dan dihujung sahaja...apapun Alhamdulillah...syukur ya Allah, hanya memerlukan sedikit sahaja lagi kesabaran sebelum menamatkan larian.

Terima kasih jua kepada semua yang ada di sekeliling.Yang sudi bertamu ke blog ini , terima kasih...

SELAMAT BERSEMINAR pd yang belum berseminar spt saya...
SELAMAT MENYUDAHKAN TUGASAN_TUGASAN TERAKHIR...
SELAMAT BERTUTORIAL BUAT KALI TERAKHIR...
dan AKHIRNYA, MOGA KITA SELAMAT KE PENTAS KONVOKESYEN TAHUN DEPAN....INSYAALLAH

Robbi Yassir Wala Tuassir, Robbi Tammim Bilkhair...


Jumaat, 29 Jun 2012

Taklimat PPG Sem 2

BIG
Peringkat 1 : 2012 Fasa 1 : 45 jam
5 jam interaksi (kuliah) 40 jam : 10 jam perkhemahan / 30 jam (persediaan/pelaporan/20 jam refleksi)
Penilaian 20% laporan fotfolio 30% rakaman 30% sahsiah 10%
laporan aktiviti 30 markah
10 jam perkhemahan (mendirikan khemah, m'sia cergas, kembara, tazkirah moral)
pemantauan 10%

UNIT PENILAIAN DAN PENGANUGERAHAN
Surat Rasmi jika ada masalah kepada penyelaras dan HEP
Bengkel Pengurusan Pembelajaran : 14 Julai (penyediaan kerja kursus) OLL, Persediaan Pembelajaran,Latihan Dalam perkhidmatan.
Modul ( Bahan Pembelajaran ) akan dibekalkan - akan diusahakan penyelaras.
BPG sedang menilai semula kurikulum PPG.Masa pembelajaran yg pendek.
Pesan penyelaras : gagal perkara biasa.
Kesilapan Modul : Soalan sepatutnya berdasarkan modul.



Khamis, 28 Jun 2012

SEMESTER BARU

Alhamdulillah dipanjatkan sepenuh kesyukuran kehadrat ALLAH SWT, dengan keizinanNYA kami (warga PIM2L) dapat meneruskan misi bergelar guru siswazah , segalanya INSYAALLAH..

Selamat bertutorial, buat assignment dsb..


Khamis, 29 Mac 2012

PORTAL OLL PPG IPGKSAH


MAKLUMAT DARI E-NOTICEBOARD 

Semua pelajar PPG yang berdaftar di IPG Kampus Sultan Abdul halim boleh melayari Portal Pendidikan Online PPG dengan menggunakan maklumat seperti berikut:
  • URL : http://ipgm.info.tm/ksah
  • Username: No. KP pelajar tanpa sengkang (cth: 690624085745)
  • Password: No. KP pelajar tanpa sengkang (cth: 690624085745)
Untuk bantuan hubungi : rodiris69@yahoo.com

sekian, terima kasih.

En. Md. Rodi bin Idris,
Penyelaras OLL PPG KSAH

Jumaat, 23 Mac 2012

BAGAIMANA KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK

Dapat satulink  bagus untuk KKP Literasi Nombor sambil tu bleh buat nota untuk study UAK. Antaranya


perkembangan pembelajaran matematik dalam kalangan kanak-kanak menerusi beberapa teori yang diketengahkan  oleh pakar-pakar pembelajaran antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagnedan Dienes


teori yang dikenali sebagai teori Konstruktisvisme - teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar.


idea bagaimana untuk menjadikan pembelajaran matematik itu seronok, mencabar, bermakna dan berguna!


SELAMAT BER "KKP"

Rabu, 21 Mac 2012

BAHAN KKP LITERASI NOMBOR

Antara link bahan : http://www.scribd.com/doc/27268735/Bilik-Darjah-Mesra-Budaya
                           

HANYA PERKONGSIAN “PERBEZAAN BILIK DARJAH KONDUSIF & TIDAK KONDUSIF”

1.0         KONSEP PERSEKITARAN PEMBELAJARAN KONDUSIF



Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh  persekitaran yang positif, atau disebut persekitaran pembelajaran kondusif iaitu merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Dalam konteks pendidikan, Choong Lean Keow (2008) mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif sebagai iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah. Bersandarkan maksud tersebut, dapat difahami bahawa persekitaran pembelajaran kondusif merupakan satu keperluan wajib untuk memungkinkan proses pembelajaran berlaku dengan lancar. Persekitaran yang kondusif ini merangkumi empat aspek  iaitu  persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik darjah dan rutin bilik darjah.       
1.1         Persekitaran Fizikal
Suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan hubungan murid dengan murid (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2008). Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Secara umumnya, persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi beberapa aspek seperti ditunjukkan dalam Rajah 2 berikut :
1.2         Persekitaran Psiko-Sosial
Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), psiko-sosial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psiko-sosial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri antaranya seperti suasana selesa, komunikasi terbuka, perkongsian idea dan lain-lain lagi.

1.3         Peraturan Bilik Darjah
Murid-murid di sekolah rendah memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Menurut Mok Soon Sang (2009), peraturan memfokuskan jangkaan atau standard tingkah laku yang spesifik atau umum. Apabila seseorang guru berjaya membentuk peraturan yang bersesuaian dengan aspek psiko-sosial murid-murid yang belajar di dalam bilik darjah berkenaan, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan terkawal tanpa sebarang gangguan seterusnya meningkatkan keberkesanan pemerolehan ilmu.
  
1.4         Rutin Bilik Darjah
Di samping peraturan bilik darjah yang dipercayai mampu membantu meningkatkan pembelajaran dan mengawal disiplin, rutin bilik darjah atau disebut pensisteman bilik darjah juga dilihat sebagai salah satu aspek yang menyumbang ke arah pembelajaran yang berkesan. Menurut A.J. Michael (2008), adalah dibuktikan oleh penyelidik bahawa pensisteman bilik darjah menjadikan individu itu lebih yakin, tenteram dan mempunyai tujuan. Kebiasaannya, rutin atau tabiat harian menyemai perasaan penting, bertanggungjawab dan berguna kepada individu berkenaan. Salah satu cara yang terbaik untuk memupuk sifat-sifat terseut ialah menyediakan jadual tugas kelas. Dengan rutin demikian maka murid akan berasa bertanggungjawab sekaligus membantu membina kemahiran sosial dan emosi semasa interaksi dalam menjalankan tugas. 

2.0       KONSEP BILIK DARJAH
Menurut Asmah Haji Ahmad (1989), konsep bilik darjah adalah sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan, suasana keperluan, kemampuan dan peredaran masa. Bilik darjah mempunyai berbagai cirri yang sama dan juga cirri yang berbeza. Cirri-ciri ini ialah, dari segi fizikal, social dan jiwa orang-orang di dalamnya. Dari segi fiizikal, mungkin sebuah bilik darjah di sekolah kampung berada dalam serba kekurangan, dan bilik darjah di sekolah bandar pula lengkap dengan berbagai bahan, dan alat kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, aspek sosial pula, sekolah berada di kawasan yang aman, tenteram, dan ahli masyarakat di persekitaran sekolah terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi dan sempurna, maka suasana sosial di sekolah juga akan menjadi baik, dan menggalakkan pembelajaran.
Aspek emosi dan jiwa murid adalah bergantung kepada taraf hidup ibu bapa dan keadaan sosial keluarga. Dalam hal ini dan taraf sekolah juga memainkan peranan. Ada sekolah yang popular dan terkenal, dan tidak secara langsung mereka yang belajar di dalamnya akan merasa seronok, megah, bangga dan bermotivasi tinggi untuk belajar.
Menurut Choong Lean Keow (2009), bilik darjah boleh dilihat dari dua perspektif sebagai satu tempat kerja dan sebagai satu sistem ekologi. Aspek tempat kerja merupakan tugas berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem ekologi pula merupakan interaksi ekologi peribadi dengan ekologi bilik darjah.
Menurut beliau lagi, bilik darjah merupakan satu tempat kerja bermaksud satu tempat di mana murid-murid datang ke sekolah untuk belajar dan guru datang mengajar selain itu, bilik darjah sebagai satu sistem ekologi  adalah satu persekitaran khas (habitat) di mana kedua-dua guru dan murid (penduduk) saling berinteraksi bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (terus hidup).
Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), bilik darjah merupakan satu tempat yang kompleks dan mempunyai banyak tuntutan. Aktiviti di dalam biik darjah melibatkan orang, tugasan, ruang, masa dan bahan pembelajaran.  
            2.1       Bilik Darjah Yang Kondusif
Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), pembelajaran akan berkesan sekiranya persekitarannya, iaitu bilik darjah diurus dengan baik agar murid-murid boleh bekerjasama, berkomunikasi dan berkongsi dengan teratur dan selesa.
Bilik darjah yang kondusif merangkumi 4 aspek utama iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik darjah serta rutin bilik darjah. Persekitaran fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan murid dengan murid lain. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.
Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psiko-sosial yang sihat adalah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang beliau wujudkan di dalam bilik darjah. Fungsi peraturan dan rutin dijalankan secara serentak kerana setiap aktiviti murid-murid perlu ada pengawasannya. Peraturan dan rutin dibincangkan bersama guru dengan murid untuk memberikan keselesaan kedua-dua belah pihak.