Sabtu, 3 Mac 2012

KONSEP KKBI

-satu sistem pelaksanaan taksiran melaui komponen kerja kursus secara
berstruktur.
-bertujuan untuk mentaksir penguasaan dan apencapaian pelajar dalam aspek
pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu dan kemahiran, pemindahan pembelajaran,
amalan kolaborasi serta penghayatan nilai dan sahsiah keguruan.

Objektif KKBI
1. membimbing pelajar dalam proses pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu
dan kemahiran serta pemindahan pembelajaran berdasarkan kehendak
sukatan pejaran.
2. menghubungkaitkan teori dan praktis melalui pengalaman dan refleksi
kendiri pelajar dalam konteks sebenar di sekolah untuk meningkatkan
ketrampilan pedagogi.
3. meningkatkan kemahiran pelajar membuat rujukan dan mengakses
maklumat daripada pelbagai sumber, memilih maklumat yang relevan dan
mengorganisasi maklumat secara sistematik dan bermakna.
4. menggerakkan proses pembelajaran pelajar sejajar dengan
perkembangan intelektual, menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi
(Higher Order Thinking Skills) dan membina pemikiran sendiri (independent thought).
5. mempunyai kemahiran mencari makna daripada pengalaman pelajar
sendiri, mencari kebenaran dalam pegangan, pengetahuan dan
tindakannya bagi meningkatkan kualiti diri dan kehidupan, seterusnya
menjadi pengamal refleksi.
6. menjadikan pelajar seorang guru yang beretika, beradab, berilmu dan
berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsah pendidikan Guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan