TAJUK 3 : ASAS-ASAS PEMBINAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH link down load nota dibawah
KONSEP
MATLAMAT
Memaparkan catatan dengan label NOTA TUTORIAL. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Mac 2012
TUTORIAL 2 : TITAS (INTERAKSI PELBAGAI TAMADUN)
(Sinopsis untuk KKP)
Maksud Interaksi : perhubungan , komunikasi yg berlaku antara kelompok masyarakat
JENIS INTERAKSI
a. Interaksi Fizikal
b. Interaksi teologi (agm)
c. Interaksi teknologi
d. Interaksi Budaya (pakaian, muzik, lukis)
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI
1. Geografi
2. Perdagangan
3. kepimpinan
4. peranan agama dan budaya.
5. pengalaman sejarah
CABARAN DAN HALANGAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN
1.Kedaerahan
2. Semangat nasionalisma yang sempit
3. Kaum migran dan bukan migran
4.Bahasa
5. Agama dan Kepercayaan
6. Budaya
7. Penguasaan ekonomi
8.Penguasaan politik
9.Dialog kumpulan yg dominan
10.Pemikiran penjajah
11.Penguasaan teknologi
12.Konflik dan pergaduhan antara etnik
13.Peperangan dan Keselamatan
14.Tradisional dan moden
Ada 10 panduan dialog
1. untuk tujuan berubah
2.Ciri projek sisi
3.Setiap dialog mesti jujur
4.Tidak melakukan perbandingan semasa dialog
5.Setiap peserta mesti mendefinisi diri sendiri dan
6. mesti terima dgn berlapang dada
7. harus mampu mengawal diri
8.hanya mampu terjadi antara pihak yg setaraf dan
9. mampu mengambil sikap kritis
10. berusaha memahami agm dlm meletakkannya sebagai dasar
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN TAMADUN
1. Alam sekitar
2. kekeluargaan
3. Idea intelek
4.Teologi
5.Pendidikan
Ust Azmi

TUTORIAL 2 : OPERASI DAN PENGIRAAN (BAHAN MANIPULATIF) & CONGAK DAN PENGANGGARAN
Penggunaan bahan pengiraan diperlukan untuk membantu proses pembelajaran.
Guna taknologi dalam pengiraan mengikut kewajaran.
Kewujudan teknologi tidak menghilangkan kepada kemahiran pengiraan.(does not diminish)
Can support increased understanding of mathematics.
Guru perlu sbg pembimbing.
CONGAK DAN PENGANGGARAN.
Pencarian jwpn yg tepat tanpa bantuan pensel atau bahan peranti lain.
Penganggaran ialah penggunaan number sense untuk menjawab dgn jwpn yg paling hampir.
Bila diperlukan.. bila perlu jwpn yg tepat.."bila bilangan denyutan jantung anda"
By : Pn. Hasmaja...
Ahad, 11 Mac 2012
SEJARAH PEMBUKUAN AL-QURAN
2. SEJARAH PEMBUKUAN AL-QURAN
Pada hakikatnya usaha-usaha pengumpulan Al-Quran tidaklah dimulakan di zaman Rasulullah. Meskipun ke semua ayat-ayat Al-Quran sudah sedia tertulis di zaman baginda, tetapi tidaklah diusahakan pengumpulannya dalam suatu mashaf. Ini memandangkan bahawa ayat-ayat Al-Quran sentiasa dalam proses nuzul (turun) malah setengahnya ada yang memansukhkan ayat sebelumnya. Maka jika dikumpulkan, terpaksalah diperbaiki selalu. Jadi biarlah kesemuanya selesai diturunkan meskipun terpaksa menunggu sehingga wafatnya Nabi.
Dengan gugurnya 70 orang Huffaz (penghafaz) dalam Perang Yamamah tersebut, barulah timbul kesedaran dan keperluan buat menghimpunkannya. Atas cadangan Umar AI-Khattab yang disetujui oleh Abu Bakar, ditugaskanlah Zaid bin Thabit melaksanakan usaha-usaha pembukuannya. Demikianlah selama setahun baru dia dapat menyelesaikannya dengan cara menemui para-para Huffaz serta dari catatan-catatan. Atas inisiatif Abu Bakar itulah Ali bin Abu Talib kemudiannya berkata: “Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas Abu Bakar sebagai orang pertama yang mengumpulkan kitab Allah di antara dua Luh.”
Dengan kewafatan Abu Bakar, mashaf itu berpindah ke tangan Umar sampailah wafatnya pula. Kemudian baru disimpan oleh anaknya Hafsah yang juga isteri Rasulullah. Ini bukan sahaja kerana dia sendiri menghafalnya serta pandai pula membaca dan menulis, bahkan juga kerana belum jelas lagi siapa pengganti Umar agar dapat diserahkan naskhah itu kepadanya.
Di zaman Usman Affan, timbullah beberapa faktor yang mendorong Al-Quran disalin semula. Pernah Huzaifah Al-Yaman ketika berada di Azerbaijan dan Armenia menyaksikan pertelingkahan yang berlaku antara orang Sham dengan orang Iraq sekitar bacaan Al-Quran. Lalu dilaporkanlah kepada Usman dengan kiranya masalah itu dapat diatasi. Malah Usman sendiri pun pernah melihat kejadian yang sama, sebab itu dia berkata: “Sedangkan engkau berada berhampiran denganku bercakaran dan salah-menyalahi antara satu sama lain, maka apatah lagi mereka yang tinggal jauh dariku, sudah tentu perbalahan mereka lebih dahsyat dari kamu. Wahai para sahabat Rasulullah, berhimpunlah kamu dan tuliskan Al-Ouran untuk menjadi pedoman ikutan sekalian orang.”
Sekali lagi tugas penyusunannya diketuai oleh Zaid bin Thabit. Maka dimintalah mashaf yang disimpan oleh Hasfah sebagai sandaran. Pedomannya ditetapkan oleh Usman, iaitu hendaklah ditulis menurut loghat (dialek) kaum Quraisy, sebab Al-Quran diturunkan menurut dialek mereka. Hasilnya lahirlah beberapa naskhah yang kemudiannya dihantar ke Makkah, Syria, Basrah, Kufah dan satu lagi disimpan oleh Usman sendiri. Dan bersama mashaf tersebut diutuskan kepada setiap wilayah itu seorang Huffaz khas untuk membetuli bacaan di dalam mashaf yang dibawanya. Oleh Usman diperintahkan agar dibakar segala mashaf peribadi yang nampaknya mendapat sokongan ramai, kecuali tentangan yang tak bertenaga dari Abdullah bin Mas’ud. Terhadap tindakan Usman ini, Ali mengatakan: “Jangan kamu mengata-ngatakan kepada Usman sesuatu yang tidak baik. Sesungguhnya demi Allah, segala sesuatu yang dilakukannya terhadap mashaf itu adalah dengan persetujuan dan kehendak dari kami semua”.
Mashaf Usmani ditulis tanpa tanda bacaan, jadi ia berkemungkinan dibaca dengan berbagai-bagai cara. Selama lebih 40 tahun mashaf ini dipakai oleh umat Islam, hinggalah ke zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan (685-705 M) yang sejak:itu bermacam-macam kesamaran timbul mengenai bacaannya. Oleh pembesar-pembesar negeri seperti AI-Hajjaj bin Yusuf Al-Saqafy dan Ubaidullah bin Ziyad diperelokkanlah perkataan-perkataannya agar Iebih jelas serta senang difaham. Pembetulan ini dilakukannya terus-menerus, dan kemuncaknya ialah pada akhir abad ke-3 H. apabila Al-Quran dibubuh titik dan baris. Tokoh-tokoh yang terlibat ialah Abul-Aswad ad-Dualy, Yahya bin Yakmar dan Nasim bin Asim Al-Laisy. Kemudiannya disusuli oleh penulisan nama-nama surah, membahagikan Al-Quran kepada juzuk-juzuk dan sebagainya. Semuanya ini berlaku meskipun selepas wafat Nabi, namun ianya dilakukan secara tauqifi (menurut pandangan Nabi).
Pada zaman AI-Walid bin Abdul Malik (705-715 M) diperintahkannya Khalid Abi Hiyaj mencantikkan tulisannya. Mulanya hingga akhir kurun ke-4 H. dipilih seni khas gaya Kufi, tetapi kemudiannya pada awal abad ke-5 H. Iebih disukai gaya Nasakh. Mulai abad ke-6 H. (1145 M) diusahakanlah terjemahan pertama Al-Quran dalam bahasa Latin untuk keperluan Gereja Clugni, tetapi baru dapat diterbitkan pada 1543 oleh penerbitan Bibliander di Basle. Dan berdasarkan naskhah Latin inilah Al-Quran diterjemahkan ke bahasa Italy, Jerman dan Belanda. Ada pun terjemahan dalam Bahasa Melayu telah dirintis oleh Syeikh Abdur Rauf Singkel pada abad ke-17 M. di Acheh berdasarkan Tafsir Al-Baidhawi.
Dengan sejarah ringkas ini dapatlah difahamkan betapa terjaminnya keselamatan Al-Quran dari semasa ke semasa. Sejarah pembukuannya jelas, demikian juga sejarah pemeliharaannya. Tidak pernah terdapat sebarang bukti yang ada pihak yang berjaya menyebarkan Al-Quran, palsu, atau sekurang-kurangnya berjaya menyelewengkan ayat-ayat tertentu. Tiadanya penyelewengan ini dan terjaminnya keselamatan Al-Quran bukannya secara kebetulan saja, tetapi memang kerana ianya telah dipelihara oleh Allah sendiri dalam firman-Nya: “Sesungguhnya Kami yang menurunkan Al-Quran, dan sesungguhnya Kami tetap memeliharanya” (Al-Hijr: 9)
Keistimewaan seperti ini tidak ada pada kitab Injil; suatu kitab yang telah mengalami banyak perubahan, baik dalam bentuk pembuangan atau penyisipan pada ayat-ayatnya. Contoh terkemuka tentang adanya perubahan ini temyata sekali pada ayat yang dikenali sebagai “Comma Johaeum” atau Tiga Kesaksian Langit: “Kerana Tiga yang menjadi saksi di syurga, iaitu Bapa dan Firman dan Ruhul-Kuddus, maka ketiganya itu menjadi satu” (St. John 5:7). Menurut Rev. Dr. Charles Francis Potter, ayat ini dianggap sebagai “a deliberate to forgony”, suatu pemalsuan yang disengajakan. Malah untuk kesemua 25 ayat dalam Fasal 21 Injil St. John itu, oleh Jemaah Penyunting The Holy Bible, Catholic ed. RSV, Nelson 1966 ditegaskan bahawa: “This chapter was added later, either by the evangelist or by a disciple,” bahawa fasal ini ditambah kemudian, sama ada dari evangelist atau oleh seorang murid. Begitu juga dalam 101 St. Mathews (15:24) dikatakan bahawa Agama Kristian hanyalah khusus buat kaum Yahudi sahaja. Tetapi ini ditolak oleh para penganut Kristian dengan mengemukakan bukti dari Injil St. Marks (16:15). Anehnya menurut Jemaah Penyunting yang sama, “it is possible that Mark did not write it,” iaitu ada kemungkinan yang Mark tidak menulisnya.
Demikianlah perbezaan besar antara sejarah Al-Quran dengan sejarah Injil; yang satu masih terpelihara keasliannya, sedangkan yang satu lagi sudah dikotori oleh tangan manusia. Dan dalam hal ini, sesungguhnya jasa Abu Bakar tidaklah ternilai.
http://sejarahtamadunislam.wordpress.com/zaman-khulafa-ar-rasyidin/

Langgan:
Catatan (Atom)